Sunday, October 31, 2010

Piala Malaysia 2010


mako dengan ini, Timbalan MB Klate sbgai mwakili Tok Guru mengisytharkn tarikh keramat 31.10.2010 sbgai cuti peristiwo bg wilayah2 dnegeri klate itu sndri. "AMBO BANGGO JADIK ANOK JATI KLATE"...buleh cti free2...timo kasih pemain2 The Red Warrior krna sggup brjuang hbis2an...smpai ke ttisan peluh yg trakhir...

wlaupom ak duk jauh d ipoh nun sna...tp sdkit sbyk dpt mrasa bahang perlawanan smlm...mmg rancak gler...walaupom d spruh msa pertama TRW agak ketinggalan darpd n9, namun pd spruh msa kedua kita bgkit kmbali...dgn 2 jaringan gol yg xsmpai 10mnit bedanya...drah gemuruh ak yg td nye meluap2 mnjdi smkin normal...hnya Tuhan sja yg thu btapa leganye ak rse..

dgn kdudukan 2-1, ak ykin pasukan ksygan ak mampu menjuarai Piala Malaysia kali ini. dan ternyata hrpan ku comes true...wlaupom nk abiskn msa 25mnit jer ag sgt mnyeksakn..hehe

trnyata dgn khilangan pemain2 tersohor n9, si kembar itu...tlah mggugat permainan dan strategi mreka...hal ini kerana, kehebtan mereka hnya terletak pada si kembar...namun kehebatan pasukan TRW terletak pd smgat juang tok janggut dan pyokong yg cm 'bangang' cket tuh..p xpe,,ak ske..hehe

bab2 pyokong klate nh..mmg ak surrender...mmg buruk prgai..tp jgn terkilan dgn angka yg hmpir 60,000 org tuh...hehe..tp 2 mnunjukkan smgat kito...smgat cm gni lh yg kte nkk..baling botol+lempar bedil/mercun..syok2...
last2,,korg bkar stadium plak nohh..hehe..GOMO KLATE GOMO

yg plng smgat adik ak..pg stdium tgahari ag..sggup tuh p s.alam smta2 nk nonton..haa..kalu tgop kt tb smlm..lau ade trnmpak mendera 'ijau putih' trsengeh2 kt tgah2 pyokong merah 2...konfom adk ak lh 2...bangang pnyer mnusia..ko pg sne bkn nk bpolitik woi...ble ak tnye..dy ckp 'aku bwk smgat tok guru weiii'..ok lh fine.

akhirnye pnantian slme 40thun brakhir jua..apabila pasukan TRW menjulang Piala Malaysia dihadpan bribu2 pnyokongnye..p spoil ah diorg nh..bley plak p cabut2 'tudung' piala tuh..haha...wsau org 2..tkot ilang.hehe..taun dpn korg jgn wt cmtu ag tau..mrah org FAM nt. Piala Malaysia, slmat dtg ke ngeri Cik Siti Wan Kembang.

pasukan The Red Warrior


p/s: ak bgga dpt mlolong2 krnamu...~~

Saturday, October 30, 2010

buku termahal




Hermann Boerhaave, seorang doktor Belanda dan penulis buku "Elementa Chemiae", meninggal pada tahun 1738. Sebelum wafat, ia meninggalkan sebuah buku tebal berjudul "The Onliest and The Deepest Secrets of The Medical Art" (Rahsia paling mendalam dan satu-satunya dalam Seni Perubatan).

Buku tersebut dilelong, dan pemenang lelongan tersebut telah mengeluarkan wang bernilai $20.000 berbentuk emas dan membawa pulang buku itu.

Ketika buku tersebut dibuka, ia menemukan bahawa 99 dari 100 halaman buku itu adalah kosong. Selain muka depan, cuma terdapat tulisan pendek:
"Jaga diri untuk tetap tenang, jaga kaki agar tetap hangat, dan kamu akan menjadi doktor terbaik sekalipun menjadi miskin."

tembok besar china


Satu-satunya benda buatan manusia yang dapat dilihat dari permukaan Bulan adalah Tembok Besar Cina. Tembok utamanya berdiri sepanjang 3400 Km, atau hampir tiga kali panjang negara Inggris. Tembok utama disiapkan semasa pemerintahan Kaisar Shi Huang Ti (221 - 210 sM) , yang kemudian dipanjangkan hingga 2800 Km oleh dinasti-dinasti berikutnya. Ketinggian tembok bervariasi antara 4.5 hingga 12 meter, sedangkan ketebalannya mencapai 9.75 meter. Tembok ini merentang dari Shanhaikuan di Teluk Bohai, hingga ke Yumenguan, dan Yang Guan. Beberapa bahagian tembok sepanjang 60 Km telah dihancurkan untuk pembangunan penghadang. Di tahun 1985, sebuah laporan dari pasukan penyelidik Pemerintah China berdasarkan penelitian selama 5 tahun membuktikan bahawa panjang keseluruhanTembok Besar China mencapai 9975 Km. Namun, beberapa penyelidik masih meragukan laporan ini. Berlawanan dengan kepercayaan umum Tembok Besar China bukan diciptakan untuk menghalang serangan perompak yang tinggal di sekitar wilayah itu. Para perompak sebenarnya dapat dengan mudah melintasi tembok itu dengan menggunakan tangga, tetapi ketika mereka membawa barang rampasan, mereka akan kesulitan membawa binatang ternakan ataupun barang-barang besar lainnya untuk melepasi tembok. Dan itulah fungsi tembok besar China sebenarnya.. .


sumber: nemoto

the world's largest Royale Palace

Tahukah anda...Istana Nurul Iman, yang dimiliki oleh Yang Mulia Sultan Brunei, Sir Muda Hassanal Bolkiah Mui'zzaddin Waddaulah (lahir 15 Juli 1946) adalah rumah kediaman paling mewah yang ada diatas bumi.



Istana yang disiapkan bulan Januari 1984, bertepatan dengan kemerdekaan Brunei ini, dibangun dengan kos US$ 350 Juta. Tempat kediaman Sultan Brunei ini memiliki 1788 buah bilik dengan 257 ruang mandi dan tandas.

bilik tidur


bilik mandi


Di ruang bawah tanah istana itu terdapat sebuah garaj yang sedemikian luasnya hingga mampu menampung 110 buah kenderaan mewah milik Sultan Brunei.



sumber: Nemoto

ada rahsia disebalik rahsia

Zuraini berjumpa ayahnya untuk meminta persetujuan berkahwin dengan Shahrul.

"Ayah, Shahrul mahu melamar saya" kata Zuraini.

"Apa kau nak kawin dengan Shahrul?.. tak boleh!!" Kata ayahnya dengan nada tinggi,
"Kau boleh kawin dengan siapa saja asal jangan Shahrul..."

"Kenapa saya tidak boleh kawin dengan Shahrul?" Tanya Zuraini

Sambil berbisik...ayahnya memberitahu...
"Sst jangan sampai emak kau tahu ya.. Shahrul itu adalah abang kau."

Zuraini terkejut... lalu pergi mencari emaknya.

"Mak.. kenapa ayah melarang saya berkawin dengan Shahrul" tanya Zuraini kepada emaknya.

"Engkau tak payah dengar cakap ayah kau tu.. kau boleh kawin dengan Shahrul..." emaknya menjelaskan.

Zuraini hairan bercampur gembira..
"Kata ayah Shahrul itu abang saya...?"

"Ayah engkau juga tidak tahu yang engkau tu bukan anaknya."


sumber: gelihati

Friday, October 29, 2010

Aisha - part2

Tapi kami masih cuba memahami hati budi masing2.. teman cuba biasakan diri ngan bau ubat2 kat baju2 Aisha dulu, cuba berhenti merokok waktu awal2 kawin dulu.. Aisha plak dah x kojer, dah cuba belajar masak benda2 lain (jarangla menjadi).. teman bagitau Nadia, rumah tangga kami bahagia. teman x leh menduakan dia. teman memang sayangkan dia. Nadia terpaksa terima hakikat tu. Itu mmg last kami jumpa.
Kini, kami dapat rezeki sorang anak, dah besau, dekat 4 tahon la.. tp dah pandai mengaji sket2. Semua berkat kerajinan bini teman. Bab2 agama, mengaji sume dia mmg bagus. Anak teman namanya Shakir, memang dia train elok2 ngaji al Quran.. Alhamdulillah, semoga esok2 dia jadik anak yang soleh. Bagi teman itu la investment yang sangat2 menguntungkan! dunia & akhirat.... hao liao...!!

Tapi sebenarnya dalam tempoh tu, kami x seperti pasangan yang lain, kot. Makin hari teman makin bosan ngan rumah tangga kami. Aisha memang suka menyepi, jarang borak panjang2. teman pulak suka balik umah famili. Dekat.Makin lama makin jarang teman duduk rumah. Lewat malam baru balik, bini dah tido. Esoknya pagi2 teman dh kena gi keje.Mengajar kanak2 ribena.
Dalam tempoh tu jugak, teman sebenarnya asyik keluar dengan sorang pensyarah baru. Nama dia Aida.Berbekalkan muka yang agak ade market ni, dia macam sangkut lak kat teman. So dialah yang slalu teman ajak sembang.
teman sedar teman seolah2 mempergunakan dia untuk hiburkan hati teman.. Teringin nak kawin ngan dia, takot kecik hati si Aisha pulak.. Dengan Aida la tempat teman luahkan perasaan, kadang2 gadoh. biase ler tu. Pastu minta maaf, dia kata x sengaja.. Tapi teman mmg terhibur bila dok ngan Aida. Bini teman kat rumah, dengan anak teman jarang sangat teman luangkan masa. tak patut sungguh.

Aisha sedar akan perubahan teman dari hari ke hari. Dia mula sedar teman ada pompuan lain. Satu hari dia bagitahu, dia izinkan klu teman nak kawin lagi, tapi mesti dengan wanita yang elok2, sebab dia tak mahu pelajaran Shakir terganggu. teman pelik, apa kaitan??
Dan teman terfikir, Aida tu wanita yang elok ke? Pakaian hari2 kompem ketat, make up kat muka 2 inci macam xleh kena air, x ambik air semayang ke? X semayang ke? Ke cuti sepanjang tahon?! aper pun tak baek sangka buruk... dosa masuk api neraka. Nauzubillahimin zalik...!!

So teman postpone dulu hajat nak melamar Aida. teman dah 30. dia baru 24. beza 6 tahun. Terfikir lepas kawin boleh nasihat kot sikit2, tapi time bencinta pon asyik lawan ape teman cakap. So sad!..huhu~~

Ketika perkahwinan teman ngan Aisha mencecah 4 tahun dulu, rumahtangga kami ditimpa dugaan yang maha besar. Aisha mula jatuh sakit, batuk dia makin teruk, akhirnya masuk hospital.
dan saat itulah barulah teman tahu yang Aisha mengidap penyakit barah halkum @ tekak. Ya Allah!! teman pitam + pengsan. Tak koma lagi lah.

Doktor bagi tau, Aisha dah lama sebenarnya kena barah tu, penyakit yang akan buat dia slalu batuk, dan trpaksa menahan sakit bila bercakap! teman rasa bagai kena tusuk dengan anak panah yang tumpul bila dengar benda tu!! Patut la Aisha jarang sangat bercakap. Kenapa dia x bagitau teman?? memang best sejibik macam kena panah petir. Ingat lagi pesan seorang pensyarah metrik... "sapa2 yg tak wat tutor chem.... kena panah petir....". namanya Sheydi. Mike kenal ke dia. Klu tak silap sikalang dia dah jadi seorang businesmen yg beriman...


Doc tu cakap lagi, penyakit tu makin lama makin teruk, dan bagi effect kat jantung. Sebab pernafasan dia selalu kurang dari sepatutnya. So jantung jadi lemah.. So itulah yang menyebabkan Aisha jatuh sakit. Jantung dia skarang makin rosak akibat barah tu.

Jadi camane dia boleh ajar anak teman mengaji? Doktor tu bagitau, memang ada ubat utk diminum sebagai pelincir dalam tekak. Tapi hanya kurangkan rasa sakit, dan ia bertahan kejap je.. Tapi Aisha x boleh selalu minum sebab ubat tu sangat mahal!! agak2 mike berapa sebotol...?? rm100..? rm 2oo? teka lah sendiri.
teman buntu.. terkedu.... terkesima....

Masa tulah baru teman terfikir, kami x penah bertikam lidah, x pernah gado.. Mgkin itu hikmah dia.. Tapi teman x sedar selama ni.. teman asyik tinggalkan dia, dating dengan pompuan lain.. Dia pula sanggup tanggung derita setiap kali perlu menjawab pertanyaan teman. Dan x penah luahkan derita kat teman.

Jantung Aisha dah lemah sangat, doktor kata mungkin Aisha x dapat bertahan lama.. teman menangis depan doktor tu puas2, wlapun doktor pompuan. teman dh x kisah. teman menyesal dgn cara teman layan Aisha selama ni. wat malu ajer kan.... kemachoan teman dah terbakar jadi abu kot pada masa tu... macam buang tebiat pun ada.

Dia dah bagi teman macam2, jaga makan minum, pakaian teman, ajar anak kami mengaji, mmg x penah lawan apa teman cakap, apa teman suruh.. hehe ehehehe... untung sapa2 yg jadi suaminya. teman suruh dia berhenti kojer dulu, dia ikut. Walaupon kat rumah dia tetap baca buku pasal ubat-ubatan! Dia minat sangat dengan keje dia.. Maafkan abang Aisha..sob...sob....

Bila balik rumah nak berehat lepas solat fardhu zohor bjemaah di surau sebelah umah kejap, teman sempat tengok la balik kenangan2 kami. dulu2. teman belek2, terjumpa kotak hantaran masa kami kawen dulu. Ada satu kotak jam, jam yang teman pakai di tangan. teman terkejut bila ada sehelai kertas dalam tu. Mula2 ingat kertas resit, tapi rupanya sehelai kertas surat!

26 Disember 2004,

Buat suami yang baru kupunya,
Terima kasih kerana menawarkan cintamu,
Yang ku tunggu-tunggu sejak kita mula bertemu dulu,

Aisha memang cinta padamu,
Dan Aisha menangis bila abang melamarku
Buat suamiku yang baru kupunya,

Luaranku mungkin nampak sempurna,
Luaranku mungkin ramai yang terpesona,
Tapi diriku bukanlah sesempurna abang sangka,
Kerna suara teman bukan kepunyaan kita
Buat suamiku yang baru kupunya,
Andai abang ingin melihat Aisha ketawa,
Aisha hanya mampu tersenyum pada abang,
Andai abang mahu Aisha berjenaka,
Mungkin Aisha kan menangis dibahu abang,

Krana Aisha tak mampu berbica,
Seperti orang lain berbicara,
Kerana Aisha tak mampu ketawa,
Seperti orang lain ketawa
Jika membaca surat ini akan meleburkan cinta abang,
Aisha pasrah dan relakan abang menjauhi,
jika membaca surat ini Aisha tetap dihati abang,
Aisha sujud sejuta syukur pada Ilahi..

Yang benar,

Isteri yang menyanjungmu.

P/s- Aisha selitkan surat ini dalam kotak jam abang, semoga abang mudah terlihat surat ini.

Berderai lagi air mata jantan teman. Kenapa teman x terbaca surat ni 4 tahun dulu? Kenapa teman x tahu penderitaan Aisha awal2 dulu? Kenapa baru sekarangg? sebab bukan dulu la kan... naseb baik baca. klu langsung tak baca..? buang kat lori sampah MDKS..?

4 tahun usia perkahwinan kami, Aisha beri teman segala2nya.. dan paling penting dia bagi seorang anak yang comel dan bijak. Tapi apa yang pernah teman beri kat Aisha?
Mulai saat tu teman jaga Aisha sepenuh hati. Hari-hari memang kojer teman ulang alik hospital daerah Barn-Think. Masuk lecture pung kojap2. Anak teman bagi kat emak teman yang jaga. Masa tu teman dah serabai (serai + cabai) + serabut (serai + sabut) giler tahap gabun pakcik gaban. Sangat x terurus. Baru teman sedar pentingnya Aisha dalam hidup teman. huhu... ayat laki. biasalah. dah xde baru sebok... ceh....goli den...

Dalam keadaan Aisha yang agak lemah, teman minta kebenaran doktor untuk bawa dia menunaikan umrah. teman nak temani dia puas2. teman nak bahagiakan dia di penghujung usianya. Biar dia terlupa akan derita dia. Saat itu dia menangis kat bahu teman. Sejak dia sakit kami hanya berbalas tulisan kat pesbuk.. dan tu ler teman save di usb sampai bila2.

Dia tulis dia x menyesal pung kawen dengan teman. Dia tulis sangat bahagia hidup dengan teman. Siap cuba lukis gambar orang senyum.. haha.. Ya Allah hari2 itu kami sangat bahagia. Namun Aisha dah makin lemah. teman dah x mampu tengok dia derita. Setiap kali dia nak tarik nafas, sangatlah azab pada teman melihatnya.

“Ya Allah, jika Kau masih panjangkan hayat isteriku, Kau berilah teman separuh kesengsaraannya, biar kurang kesengsaraannya Ya Allah.. Tapi jikia hanya kematian yang dapat mematikan sengsara isteriku, teman redha Ya Allah..” amin... amin... amin ra Rabbal alamin
teman x tahu dah apa lagi boleh teman buat.. teman bacakan surah Yaasin ditelinganya berulang-ulang, biarkan anak kami dipangkuan memeluk-meluk ibunya.. huhu....

Akhirnya Tuhan menjemputnya kembali. teman pasrah. Kesedihanku terubat bila kulihat dia pergi dengan tenang. Sempat kuajarkan Syahadah.. dan dahinya berpeluh jernih. Lalu kukucup buat kali terakhir..

Kini, hampir 5 tahun perkawinan kami, tinggal la teman dengan Shakir, dengan pesanan terakhir Aisha... abang kawen lain tau....!!! pulak dah.... dengan sapa..>?? dengan student la...



Aisha - part1


Teman dah kawin sekarang. Bini teman memang baik sangat2. Tapi dia x seperti yang teman expect masa kami belom kawin dulu. Masa belom kawin, teman tengok dia memang sorang yang pendiam je, jarang gile cakap ngan laki. Member2 mmg puji la cara dia. So memang susah jugak teman nak cuba tegur dia masa tu.. segan dowh. Memang obvious lah kalau teman tegur. Tapi teman suka dia macam tu, so xde la cemburu sangat sebab dia jarang borak2 ngan laki..

Cantik? Memang la, kalu x teman comfirm x sangkut punyer. Haha. Cantik pada mata teman la. Member2 pon ade yang cube usha. Sori le dia nak layan. Haha. Memang market. Last2 teman yang dapat, memang rasa bangga giler. hehe..

Eh, dok ngumpat2 pasal dia, lupa lak nak kasi tau nama. Nama panggilan dia Aisha. Nama betol dirahsiakan. Hoho..teman usha cara yang leklok la, gi jumpa bapak dia dluu. gentlemen beb! Slow talk ngan bapak dia. Err, bapak dia nama Razali. Bapak dia ni jenis sound direct rupenyer.. Pergh, mmg kena kutuk kaw2 la gua. Sebabnya, bila dia tanya kenal x anak dia? Gua cakap x sgt. Bapak dia tanya lagi, nape nak kawin ngan anak dia? Gua cakap sebab minat. Minat sebab ape? Gua cakap x tau.. Habis kalu x dapat anak dia? Gua cakap nak jugak! Bapak dia sound la, “ko ni, cane ko nak kawin ngan org yang ko x kenal? Gua jawab, lepas kawin la saya kenal dia pakcik.. pastu sengih2.. pastu bapak dia diam.

Masa tu rasa down gile. Bapak dia cam tolak mentah-mentah je proposal teman.. Ke dia saja nak uji kehebatan cinta teman?? Huhu.. Time tu teman dh terpikir nak usha calon lain je. teman memang ade lagi sorang yang teman suke. Haa yang ni gua memang kamceng giler. Yang ni pulak nama dia Nadia. Gua memang selasi lah ngan minah ni. Haha.. Tapi last2 orang lain gak yang gua pinang.

Hari keputusan proposal teman akhirnya tiba. Kputusannya.. jeng3.. x spt yang teman jangka. Haha. teman ingat kena reject, satgi family diorang terima. Warghh happy giler. Alhamdulillah. So, memang sah la takde jodoh teman ngan Nadia. Time teman bgtau Nadia teman nak kawin, dia accept je. Kejam gile teman. Dia kata semoga teman bahagia.. lepas tu kami dah x jumpa.

Lepas akad nikah, kompemlah teman sebagai laki Aisha. Happynye teman Tuhan je tau.. kat rumah.. dia macam biasa, cool je.. Tapi cool semacam la pulak. Sepatah teman tanya, setengah patah dia jawab. Kalu teman x buka mulut, memang x berbunyilah rumah kitorang.

Aisha taklah ‘bisu’ sangat. Kadang2 dia bersuara gak.. Tapi bagi teman yang jenis suka cakap banyak ni, Aisha bukan jenis yang boleh bawak borak sangat. Bila teman cakap pasal something, dia macam blur... Macam x supportive sangat. Last2 teman dah malas nak borak.. oh boringnye.. Yang dia tahu cuma tunjuk baris gigi dia ja.. sengih. Cam yg teman buat kt bapak dia dulu. Psycho seyh..

Nak jadik lagi tensen, teman ni jenis perokok sederhana tegar gak la. Tapi bini teman pulak mmg cam fobia giler ngan asap rokok. Bau nafas teman yg bersisa rokok pon, dia mesti batok.. x bau rokok pon dia dah selalu batok. Uhuk3 gitu.. Sebab sayang bini, makin lama makin kurang teman merokok.. kalu gian sangat pon teman merokok time kat ofis je.

Bini teman keje hospital, bahagian obat-obatan.. teman lak xleh bau ubat, mesti pening kepala.. Hari2 teman yang hantar, ambik dia gi spital. Time ambik dia balik, mmg hari2 lah baju dia bau obat dalam kete. So teman akan slalu bukak tingkap, nyaman sket..Ada satu hari tu, masa hujan lebat. Xleh bukak tingkap kete, teman dah mmg pening-pening lalat dah.. Bau ubat.. Dengan poor visibility lg, kami accident! Langgar bontot kete orang depan. Kat spital, doktor kata bini teman keguguran akibat kemalangan tu. Hah?? Rupanya dia mengandung dua bulan.. Aisha sendiri pon x tahu.. Ya Allah!!

Lepas kejadian tu teman terus suruh Aisha benti keje. Dok rumah je.. teman dah korbankan rokok teman, so dia kena korbankan keje dia. teman dah x tahan bau ubat!! teman sorang keje dah cukup sara idup kami!

Dekat setahun kami kawin, Nadia tiba2 datang, dia kata masih sayang kat teman, nak teman ambik dia jadik bini no. 2.. Dia sanggup..Alamak ni dah angau betol.. Padahal teman baru je kawin. Mungkin Nadia yakin yang kami
sangat serasi dan saling memahami, so dia berani propose kat teman. Then teman teros terang je la, teman cakap kat dia, yes teman memang x kamceng mane ngan bini teman skang.. And banyak benda yang kami xde persamaan. Aisha memang x banyak bercakap. Kalu teman cube buat lawak, dia macam x tangkap je. Sedih tol.. X pandai nak borak. Kalu jumpa member2 teman lagi le dia sunyi sepi. Dah le hari-hari dia suka masak benda yang sama.. jarang la dapat makan yang lain sket. Kcuali makan luar. Itu pun dia akan order benda sama je.. Haha macam tu la bini teman.. Lucu lak..hehe


Thursday, October 28, 2010

Diet Rasulullah SAW

Rupanya tanpa kita sedari, dalam makanan yang kita makan sehari-hari, kita tak boleh makan sesuka hati kita saja. Inilah penyebab terjadinya berbagai penyakit antara lain penyakit kencing manis, lumpuh, sakit jantung, keracunan makanan dan lain-lain penyakit. Apabila anda telah mengetahui ilmu ini, tolonglah ajarkan kepada yang lainnya.

Ustaz Abdullah Mahmood mengungkapkan, Rasulullah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai menjaga makanannya sehari-hari. InsyaAllah kalau anda ikut diet Rasulullah ini, Anda takkan menderita sakit perut ataupun keracunan makanan.

Jangan makan SUSU bersama DAGING
Jangan makan DAGING bersama IKAN
Jangan makan IKAN bersama SUSU
Jangan makan AYAM bersama SUSU
Jangan makan IKAN bersama TELUR
Jangan makan IKAN bersama DAUN SALAD
Jangan makan SUSU bersama CUKA
Jangan makan BUAH bersama SUSU (Contoh : KOKTEL)

CARA MAKAN
* Jangan makan buah setelah makan nasi, sebaliknya makanlah buah terlebih dahulu, baru makan nasi.
* Tidur 1 jam setelah makan tengah hari.
*Jangan sesekali tinggal makan malam. Barang siapa yg tinggal makan malam dia akan dimakan usia dan kolesterol dalam badan akan berganda. Nampak memang sulit.. tapi, kalau tak percaya? Kesannya tidak dalam jangka pendek?. Kesannya akan nampak bila kita sudah tua nanti.
* Dalam Al-Quran juga melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah mencegah kita makan ikan bersama susu. kerana akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh ilmuwan yang menemukan bahawa dalam daging ayam mengandung ion+ sedangkan dalam ikan mengandung ion-, jika dalam makanan kita ayam bercampur dengan ikan maka akan terjadi reaksi biokimia yang akan dapat merosakkan usus kita.

Al-Quran Juga mengajarkan kita menjaga kesihatan spt membuat amalan antara lain:

1. Mandi Pagi sebelum subuh, sekurang kurangnya sejam sebelum matahari terbit. Air sejuk yang meresap ke dalam badan dapat mengurangi penimbunan lemak. Kita boleh saksikan orang yang mandi pagi kebanyakan tidak gemuk.

2. Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air dalam peti sejuk/ais) setiap pagi. Mujarabnya InsyaAllah jauh dari penyakit (susah mendapat sakit).

3. Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit setelah membaca doa). Kita akan terhindar dari sakit kepala atau migrain. Ini terbukti oleh para ilmuwan yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir ke ruang tersebut.

4. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari.Begitu juga ahli saintis telah menemukan bahawa enzim banyak terkandung di celah jari-jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzim sejenis alat percerna makanan).

Sabda nabi : "Ilmu itu milik Allah, barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikan insyaAllah, Allah akan menggandakan 10 kali kepadanya"

Janet & John


Di suatu kawasan pedalaman di Texas, seorang penternak yang mempunyai ladang ternak yang luas dan berjaya telah meninggal dunia dengan meninggalkan seorang balu yang masih muda dan cantik, namanya Janet.

(bukan gmbr sbnar)

Janet membuat keputusan untuk meneruskan kerjaya suaminya dengan mengambil alih ladang ternakan tersebut, tetapi dia tidak mempunyai kemahiran yang cukup untuk mengendalikan ladangnya. Jadi dia pun membuat keputusan untuk mengiklankan di dalam akhbar untuk mencari seorang pembantu yang akan mengerjakan ladang ternaknya dengan menawarkan gaji dan sebuah bilik di rumahnya sebagai tempat kediaman memandangkan ladang yang dimaksudkan hanya berada di belakang rumahnya.

Selang beberapa hari kemudian ada dua orang pemuda yang memohon pekerjaan tersebut. Seorang gay, dan seorang kaki mabuk.Memandangkan tiada sesiapa lagi yang memohon jawatan tersebut selain dari dua orang pemuda tadi, Janet terpaksa memilih salah seorang dari mereka.

Setelah menimbangkan semasak-masaknya, Janet memilih si gay, bernama John untuk bekerja dengannya, dengan anggapan bahawa dia berasa lebih selamat tinggal bersama seorang gay daripada tinggal dengan seorang pemabuk.

Minggu demi minggu berlalu. John telah melakukan tugasnya dengan penuh tekun dan rajin. John kerap kali menghabiskan waktunya sehingga malam untuk membuat kerja-kerja di ladang ternakan. Ladangnya menjadi semakin berjaya dan ternakan semakin banyak membiak dan sihat-sihat belaka. Gembiralah si Janet ni tadi... kerana ingin menghargai kerajinan si John ni, Janet pun berkata kepada John, "John, kau telah melakukan kerja dengan baik dan ladang ternakan pun kulihat semakin bagus, kau sepatutnya ambil cuti pergi ke pekan berjalan-jalan untuk melegakan tekanan kerja..." Gembiralah John, dan pada suatu malam minggu, dia pun pergi ke pekan.

Sampailah ke tengah malam, John tak pulang-pulang ke rumah. Pukul 1 tak pulang, pukul 2 tak pulang. Pukul 2.30 pagi barulah John pulang kerumah. Sampai ke rumah, didapati Janet sedang menunggunya sambil duduk di sofa berhampiran unggun api.

"Buka butang bajuku dan tanggalkannya." Kata Janet.
John dengan tangan yang terketar-ketar dan perasaan yang terkejut,melakukan apa yang diarahkan.

"Sekarang, buka kasut but ku."
John buat, perlahan sekali.

"Buka, setokin ku.."
Dia buat juga.

"Sekarang, buka skirt ku."
Dia buat juga.

"Sekarang buka coliku."
Dengan tangan yang menggigil, dia buat apa yang disuruh.

"Sekarang....buka seluar dalamku..."
Dengan perlahan, dia melucutkannya ke bawah dan menanggalkannya.





Kemudian, Janet pun memandang John, sambil berkata...





"Sekali lagi kau pergi pekan dengan memakai pakaian aku, aku pecat kau on the spot."



p/s: Akekekek...apa yg engkorang pikir haaa?????????

sumber: srox

kau bodoh aku pandai

Orang bodoh = pakai credit card sampai maximum, lepas tu takleh bayar (berlagak macam org banyak duit!)
Orang pandai = pakai credit card tapi orang lain bayarkan (pakai kad klon la tu!)

Orang bodoh = ada motor tapi gi kerja nak naik LRT jugak (kes suka 'bergesel'la ni)
Orang pandai = takde motor, takde kereta, takde LRT tapi ada otak (kes suka numpang kereta or motor kawan tapi tak reti nak hulur duit minyak!)

Orang bodoh = company dah sediakan nescafe, milo, biskut bla bla bla tapi gi minum gak kat cafeteria kena bayar plak tu
Orang pandai = tak minum kat cafeteria tapi company punya nescafe, milo, biskut bla bla bla angkut bawak balik !!!!

Orang bodoh = beli suratkhabar sebab nak tengok nombor ekor je pas tu buang
Orang pandai = orang yg tunggu org bodoh buang pas tu dia kutip... dapat baca semua sekali wo

Orang bodoh = kentut kuat² kat office pas tu bangga ngan baunya
Orang pandai = kentut senyap sunyi (takde bunyi) baunya... boleh buat unta sakit perut! dhab pun koma sekejap! pas tu bermati-matian salahkan member sebelah guess sapa member sebelah tu?...sibodoh yg kentut kuat tula!)

Orang bodoh = ada masalah cerita kat orang pandai
Orang pandai = dengar masalah orang bodoh pastu cerita kat orang bodoh yang lain, pas tu membodohkan orang bodoh tu...jadinya orang bodoh yang pertama tu jadi bodohs (plural)

Ada lagi...scroll down





Orang bodoh = orang yg buang masa baca cerita ni!
Orang pandai = saper yang forward cerita ni... há há há...aku la tu...
jadi yang mana satu pilihan bijak?
pandainyeeeeeeeeeeeeeeeeeeee

LEPAS BACA JANGAN MARAH.....NANTI KENA JUAL!!!!
****kalau nak jadi org yg pandai, cepat-cepat ler fwd cerita nih.......heheheheeeee..........

p/s: takkan nak kena sorang2 kan??? Kan?? Kan????


sumber: gelihati

esok baru cabut

Ada sepasang pengantin baru berada di kamar pengantin, di malam pertama. Pada tengah malam itu, tiba-tiba isterinya mengerang, “Adoi.. Sakitnya bang… ! Macam mana ni bang..?”

Suaminya lantas menenangkan isterinya, “Jangan nangis Sayang.. Nanti emak ayah dengar.. Mereka mungkin belum tidur lagi tu..” Kebetulan bilik mertua hanya bersebelahan kamar tidur pengantin.

Tapi kerana tidak dapat menahan sakit, isterinya tambah kuat mengerang. Mahu tidak mahu, si suami pun berkata, kali ini kuat sedikit suaranya: “Sabar Sayang! Tahan saja.. Esok baru cabut.”

Sejak dari tadi bapa mertua lelaki masih belum tidur. Dia memang terdengar anak perempuannya mengerang, tadi dia tidak peduli, biasalah malam pengantin, fikirnya. Tapi kali ini dia sudah hilang sabar. Dia bangun, pergi ke bilik sebelah lantas menendang pintu kamar pengantin.

Dengan rasa geram bapa mertua berteriak: “Ni apa kena ni? Tak faham ke? Anak aku boleh mati kalau besok baru kau nak cabut! CABUT SEKARANG JUGA!”

Terkejut besarlah kedua pengantin tu. Sambil tersipu-sipu pengantin perempuan pun berkata kepada ayahnya: “Abah, takkan sakit gigi pun boleh mati.. Lagipun manalah ada Klinik Gigi yang buka 24 jam?”.


sumber: gelihati

keputusan sang ayah


Sang ayah dan ibu sangat marah dan menyesal bila mengetahui anak perempuan mereka hamil."Siapa si bedebah tu," jerit sang ayah, sedang si ibu menangis. "Suruh dia datang sini!"
Si anak pun telepon le mamat yang bertanggung jawab. Setengah jam kemudian sebuah kereta Ferrari merah berhenti di depan rumah. Seorang lelaki separuh baya keluar dari kereta, memberi salam lalu masuk kerumah.


Lelaki itu berdepan dengan mak dan ayah perempuan yang telah dihamilinya. Dia berkata, "Saya lelaki yang telah menghamili anak anda. Tapi terus terang saya katakan saya tidak dapat menikahi anak anda kerana isteri saya tak membenarkan. Bagaimanapun, saya tetap bertanggung jawab atas perbuatan saya. Sekiranya anak anda melahirkan seorang bayi perempuan saya akan wasiatkan untuknya dua buah supermarket, sebuah rumah banglo dan wang tunai RM5 juta. Sekiranya dia melahirkan anak lelaki saya akan wasiatkan untuknya dua buah kilang, dua buah supermarket, dua buah rumah banglo dan wang tunai RM10 juta. Tapi sekiranya anak anda keguguran apakah yang harus saya lakukan?"

Sang ayah berfikir. Siibu berhenti menangis. Akhirnya sambil menepuk bahu lelaki itu sang ayah berkata, "Kalau camtu hang cuba le lagi."



p/s: ayh pom sme jer
2 x 5

sumber: sahidi

special punyer...


Nak di jadikan cerita.. ada la sorang kaya baru, asalnya di kampung saja..
tapi disebabkan tanahnya kena projek KLIA, jadi jutawan segera la dia.
Waktu dia susah dulu.. teringin sangat dia nak pi K.L, so lepas dah jadi kaya,
tanpa membuang waktu, dia pun ke K.L laa.
Pasai banyak duit, dia pun bawak la sorang body guard merangkap pembantu
peribadi. Di K.L, dia menginap di K.L International Hotel. Sampai di sana
lebih kurang pukul 10:00 pagi... perut dia pun agak berkeroncong sikit la.
Selepas check-in, dia bagi tau kat pembantu dia..

O.K.B (Orang Kaya Baru ) : Mat...aku lapag ni , belikan aku mee yang spesial satu.

Mat : Oke Boss...tapi mee yang spesial tu macam mana Boss ?

O.K.B : Ishk..hang niii, mee yang spesial tuu..pakai telog dua biji laa..

Mat : Ooooo....siap Boss.

Lepas tu ..makan la si O.K.B mee spesial tu. Mai time pukul 3:00
ptg, perut O.K.B tu berkeroncong lagi. Lalu dia panggil pembantu dia tu..

O.K.B : Mat..! Aku lapag nihh , pi beli nasi goreng spesial satu.

Mat : Nasi goreng spesial ..? Yang pakai telog dua tu Boss ..?

O.K.B : ...waaaa , dah pandai dah hang Mat , no ?..cukup tau aku punya taste...

Mat : Mesti laa Bosss..bagi saya 10 minit saja Bosss...

Lepas siap makan, O.K.B tu tertidur la sampai maghrib.. dia pun
terbangun pasai air-cond sejuk sangat . Pasai dah tidog sepetang dah,
dia pun susah la nak tidog lagi. Bergulung pi berguling mai, tak leh
tidog juga.. air-cond pun sejuk gila... jadi 'adik' dia pun dok 'stand by'
saja laa.. Tak tau nak buat macam mana ngan sejuk lagi,
dia pun panggil pembantu dia lagi...

O.K.B : Mattt !!!....

Mat : Yaaaa..Boss,

O.K.B : Mai sini sat...Mat : Ada apa Boss...?

O.K.B : Mat...'adik' aku minta laaa..(dgn nada berbisik ) Hang pi cari awek

yang spesial kat aku sorang, yang spesial tau.

Mat : (sambil tergaru-garu kepala)..oke Boss !

Si Mat ni mana la tau pasai awek-awek yang boleh 'pakai' ni. Tapi,
Boss punya pasai dia pun pi la cari jugak.... Sejam kemudian dia pun
pi la hantar satu awek untuk Boss dia. Mat ni pun standby la kat luar
bilik, mana nak pi tau takut-takut pencegah maksiat mai. Pas lima
minit awek tu masuk dalam bilik Boss dia tiba-tiba dia dengar suara
yang kuat dari dalam bilik..

O.K.B : MATTTT !!!!...

Mat : Ada apa Boss...

O.K.B : Pasai pa hang cari bapok kat akuuuuu..aku kan kata awek...?

Mat : Laaa.....Tadi Boss kata cari awek yang spesial ....Boss selalu
kata yang spesial tu mesti telog dua...

O.K.B : ..????????????????????????



sumber:gelihati

Wednesday, October 27, 2010

petua tercekik tulang


Aku datang dari keluarga yg besar...16 adik beradik, bila sesekali berkumpul, dah tentu mak aku akan buat majlis makan besar-besar dan best-best!!!

Dalam ramai2 adik beradik, bukan semua yg suka stail aku, apabila aku bawa gaya hidup "gaya pulang ke pangkal jalan'"...maka adalah yg tak kena sana sini...oh..

Masa makan, aku pun duduk lah cara Nabi..(rujuk ustaz) lalu ada yg sound:

"apahal duduk macam nak berlari ajer....""tak baik lutut tinggi pada makanan.." " ni duduk ke nak berak nie..?"

Oleh sebab aku lelaki beriman, maka aku buat muka seposen...aku pun basuh tangan.

Nota untuk mua'alaf: sebelum makan sunnah Nabi adalah basuh kedua2 tangan dan berkumur, insyaAllah jika korang amal nie, sebelum korang mati Allah akan mempermudahkan segala urusan hutang piutang korang. -Hutang kereta/rumah/kahwin/ study/along bla bla bla!!!

Sambung balik, aku pun berpikir...ada baiknya juga Nabi tak makan pakai sudu @ garfu, kalau Nabi makan pakai sudu, susah pulak org miskin macam aku nak ikut sunnah Nabi, nak pakai sudu material apa? stainless steel ke inconnel 601? nak pakai colour camne? matelic ke cooper?kan susah tu!!! tu belum lagi jika Nabi makan pakai kerusi dan meja..bentuk bulat ke bentuk heksagon?, oktagon?, nanagon? nak kena pergi Kedai perabot buat ansuran mudah! jimat ! hanya RM 1 dan tunggu 30 hari, kunjungilah kedai perabot terbesar di Malaysia, bla bla bla!!!Oh..

Biasa korang belajar doa makan macam nie: "Allahummabariklana (hingga akhir) Tapi tu sebenarnya doa tengok makanan, doa makan mudah sajer: "Bismillah, barkatillah"

Lepas tu makan lah, dengan tiga jari(sunnah Nabi) kemudian, adapulak suara2 yg sound: "Eh, kenyang ke makan dengan tiga jari?" aku kata: "huh, anak cina makan dengan dua kayu elok2 habis nasi satu pinggan!!! "

Tapi oleh kerana aku sorang jer yg makan dengan tiga jari, org lain makan dengan lima jari, maka aku lihat kadar flow of suapan dan kadar quantity of lauk-pauk diorang lebih laju dan maju, maka aku menukar jariku dari 3 kepada 5...oh..tepuk dada tanya iman..

Kemudian aku minum dari tangan kanan yg tidak berbasuh... Diorang tegur: "essh..pengotor betullah" Aku kata: "Apa pulak kotor, aku makan nasi, bukan tahik!!!"(tapiaku kata dalam hati sebab aku lelaki beriman) "Nie, apahal jilat2 jari nie? lucah betul!!"-tanya diorang pada aku.. "Makan ayam sedap sampai ke kaki....makan sate sedap sampai ke lidi he he heh"-kataku...

Banyak pulak diorang komplen cara aku makan..err maksud aku cara Nabi makan... aku tahu tak berguna berdebat ngan mereka lalu aku ubah topik dengan bertanya :

Tahukah korang kenapa lembu makan rumput dan kambing makan daun? Abang aku kata: sebab tengkuk lembu berat...bla bla bla.. Aku kata: "salah!!! lembu makan rumput dan kambing makan daun sebab mereka lapar!!!(tak lawak) ha ha ha!!!" aku menyambung: "Penting makan cara Nabi sebab kita hari2 makan, tapi bila tak ikut sunnah, maka jadi macam lembu dan kambing makan sajer, namun bila korang makan macam Nabi saw makan, maka di kira ibadat.. Masa nak makan, niatlah makan kerana perintah Allah, namun kena nafikan makanan yg bagi kenyang..hakikatnya kenyang datang dari kudrat Allah. "
Tiba2 mak aku tercekik tulang ikan.. (bayangkan seorang mak cik sedang tercekik tulang) Kemudian, Mak aku mendapat nasihat secara berperingkat, ada yg sarankan agar makan pisang, minum air dengan capat, makan nasi kepal dan lain2, tapi masih tak berjaya.. kesian mak aku...
"Huh! Hamka, Takkan kau tak tahu cara sunnah Nabi nak buang tulang tercekik camne?..cakap terer.."(kata abang aku) Aku kata: "senang sajer...Mak angkat kedua-dua tangan ke atas.."

Mak akupun buat..tapi masih tak jadi..

Aku kata: "lurus Mak, tangan mak dua-dua kena lurus... !!!" (bayangkan seorang makcik yg sedang duduk bersila sambil kedua-dua tangan diluruskan ke atas, tangan kanan masih terdapat sisa2 nasi, manakala di lengan dan tengkuk di penuhi dengan rantai emas..)

Aku kata:"Sekarang sebut: SUPERMAN RETURN!!!!!! "HA HA HA..
(semua org ketawa)-nasi berhembur-hembur di sana sini. Mak aku juga ketawa..sehingga tulang yg tercekik itu terkeluar..semuanya dari Allah!!! he he he...selamat mencuba, ni bukan hadith,,just pengalaman.


PS: sekiranya rakan korang menjadi mayat(over ketawa sehingga tulang mencucuk tengkuk) sesungguhnya penulis tidak bertanggung jawab!!! (supermanpun akan jadi mayat)



sumber: keretamayat.blogspot

tips agar tidak bosan di dalam lif

11 tips agar tidak bosan semasa di dalam lif:

1. Ketika anda hanya berdua dengan orang tak dikenali, cuit bahunya! Kemudian anda pura-pura melihat ke tempat lain..

2. Buat muka menyeringai kesakitan sambil pegang kepala anda dan menjerit "Diam, semuanya diam!".

3. Bawalah kamera dan ambillah gambar semua orang yang ada di dalam lif.

4. Pindahkan meja kerja anda ke dalam lif. Jika ada yang masuk, tanyakan apakah mereka sudah membuat temujanji?

5. Letakkan sebuah bungkusan di sudut lif, jika ada yang masuk, tanyakan apakah mereka mendengar bunyi tik...tik...tik...

6. Anda pura-pura jadi pramugari! Tunjukkan prosedur keselamatan penerbangan seperti di dalam kapalterbang.

7. Ketika pintu menutup, beri pengumuman kepada semua orang. "Bertenang, jangan panik, nanti pasti terbuka lagi!".

8. Bukalah beg tangan anda, sambil melihat ke dalam beg tangan, tanyalah "Udaranya cukup tidak disitu?"

9. Diam dan jangan bergerak sama sekali di sudut lif, menghadap dinding, jangan sesekali keluar.

10. Dengarkan suara di dinding lift dengan stetoskop.

11. Buatlah garis di lantai sekeliling anda menggunakan kapur, lalu beritahu "Ini adalah wilayah SAYA"


p/s: amalkn...

sumber: saman

amalkan..

PERKARA-PERKARA YANG MEMBUAT KITA HILANG INGATAN
DAN TUMPUL MINDA

Kurangkan makan bawang besar
Kurangkan makan berempah
Kurangkan makan ketumbar kering
Kurangkan menonton hiburan
Kurangkan membaca majalah hiburan
Kurangkan ketawa yang panjang atau terbahak-bahak
Kurangkan minuman air batu,air dalam tin(100 plus dan lain2)
Kurangkan makan organ dalaman ayam terutamanya kanak2
Jangan makan kepala ikan
Jangan minum air yang ada semut
Jangan tidur selepas subuh
Jangan tidur selepas asar
Jangan tidur selepas makan
Jangan makan terlalu kenyang
Jangan makan berat selepas jam 9.00 malam
Jangan menyapu rumah pada waktu malam
Jangan makan yang masam-masam berlebihan
Jangan dicampur makan laut dan darat dalam satu hidangan
Jangan minum susu selepas memakan daging/ayam

PERKARA-PERKARA YANG PERLU DIAMALKAN
Selalu makan buah manisan seperti kurma dan lain2
Selalu makan makanan yang panas2
Selalu memakan kekacang seperti kacang soya @ badam dan lain2
Selalu minum air masak
Selalu makan ulam2
Selalu mengamalkan pandangan hijau
Selalu bersenam
Selau menggunakan imajenasi otak
Banyakkan memakan makanan berasaskan gandum/soya

Banyakkan aktiviti berkhemah di hutan/pantai(yang mempunyai pokok) kerana disitulah terdapat banyak ion2 negetif dan cahaya matahari infra merah (terutama pada waktu pagi) yang amat diperlukan
oleh tubuh badan,kerana hanya kawasan seperti ini sahaja yang mempunyai % yang cukup untuk kegunaan kita seharian berbanding dalam bangunan batu ianya terlalu sedikit

Jangan ego
Jangan dengki pada orang lain
Jangan makan dari sumber yang tidak halal
Jangan memberi anak makan makanan dari sumber yang tidak halal
Jangan makan makanan yang ada pewarna
Jangan makan makanan yang ada pengawet
Jangan mengunakan minyak masak lebih dari 2 kali
Jangan mandi selepas 9.00malam

......dan yang paling penting dibawah ini........
selamat beramal.....

jual bayi

Di pagi hari yang nyaman,dua orang sudah lanjut usianya duduk berehat-rehat. Pak Abu dan Pak Majid namanya. Yang Pak Abu membaca surat khabar manakala Pak Majid hanya duduk termenung jauh sambil hisap rokok daun.

Pak Abu: Majid, engkau tengoklah berita hari ini. Ada orang sanggup jual anaknya.

Pak Majid: Hmmmmm. Jawab Pak Majib macam acuh tak acuh je.

Pak Abu: Kot pun terdesak nak duit janganlah jual anak. Banyak lagi cara nak dapat duit. Kerja kat pam minyak ke, jual kacang putih ke, jual surat khabar ke. Betul tak Majid...?

Pak Majid:Hmmmmmmm... Sambil mengembus asap rokok daunnya keluar melalui hidungnya...

Pak Abu: Kau ni kenapa Majid? Takkan berita ini kau tak ambil peduli ke? Ini melibatkan kemanusiaan tahu. Binatang pun tahu nak jaga anaknya.

Pak Majid: Hmmmm....Nilah aku nak bagitau engkau. Kalaulah aku masa muda-muda dulu..Aku jual je anak-anakku tu..

Pak Abu: Hah??? Engkau biar betul Majid!

Pak Majid: Hoii.. Engkau sedar tak sekarang ni berada di mana? Sedarlah Abu....Kita sekarang di RUMAH ORANG TUA. Kalaulah aku tahu perangai anak-anak aku tu macam nilah, dah lama dah aku jual budak-budak tu!

Pak Abu: HEHEHEHEHE....


sumber: gelihati

22 vs 1

Ada seorang pemuda Arab yang baru saja menyelesaikan bangku kuliahnya di Amerika. Pemuda ini adalah salah seorang yang diberi nikmat oleh Allah berupa pendidikan agama Islam bahkan dia mampu mendalaminya. Selain belajar, dia juga seorang jurudakwah Islam. Ketika berada di Amerika, dia berkenalan dengan salah seorang Nasrani. Hubungan mereka semakin akrab, dengan harapan semoga Allah s.w.t. memberinya hidayah masuk Islam.

Pada suatu hari mereka berdua berjalan-jalan di sebuah perkampungan di Amerika dan melintas dekat sebuah gereja yang terdapat di kampung tersebut. Temannya itu meminta agar dia turut masuk ke dalam gereja. Mula mula dia keberatan, namun kerana desakan akhirnya pemuda itu pun memenuhi permintaannya lalu ikut masuk ke dalam gereja dan duduk di salah satu bangku dengan hening, sebagaimana kebiasaan mereka.

Ketika paderi masuk, mereka serentak berdiri untuk memberikan penghormatan lantas kembali duduk. Di saat itu, si paderi agak terbeliak ketika melihat kepada para hadirin dan berkata, ‘Di tengah kita ada seorang Muslim. Aku harap dia keluar dari sini.’ Pemuda Arab itu tidak bergerak dari tempatnya. Paderi tersebut mengucapkan perkataan itu berkali-kali, namun dia tetap tidak bergerak dari tempatnya. Hingga akhirnya paderi itu berkata, ‘Aku minta dia keluar dari sini dan aku menjamin keselamatannya. ‘ Barulah pemuda ini beranjak keluar.

Di ambang pintu, pemuda bertanya kepada sang paderi, ‘Bagaimana anda tahu bahawa saya seorang Muslim?’Paderi itu menjawab, ‘Dari tanda yang terdapat di wajahmu.

Kemudian dia beranjak hendak keluar. Namun, paderi ingin memanfaatkan kehadiran pemuda ini dengan mengajukan beberapa pertanyaan, tujuannya untuk memalukan pemuda tersebut dan sekaligus mengukuhkan agamanya. Pemuda Muslim itupun menerima tentangan debat tersebut.

Paderi berkata, ‘Aku akan mengajukan kepada anda 22 pertanyaan dan anda harus menjawabnya dengan tepat. ‘ Si pemuda tersenyum dan berkata, ‘Silakan!’

Sang paderi pun mulai bertanya, ‘Sebutkan satu yang tiada duanya, dua yang tiada tiganya, tiga yang tiada empatnya, empat yang tiada limanya, lima yang tiada enamnya, enam yang tiada tujuhnya, tujuh yang tiada delapannya, delapan yang tiada sembilannya, sembilan yang tiada sepuluhnya, sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh, sebelas yang tiada dua belasnya, dua belas yang tiada tiga belasnya, tiga belas yang tiada empat belasnya.

Sebutkan sesuatu yang dapat bernafas namun tidak mempunyai ruh! Apa yang dimaksud dengan kuburan berjalan membawa isinya? Siapakah yang berdusta namun masuk ke dalam surga? Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah namun Dia tidak menyukainya? Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dengan tanpa ayah dan ibu!

Siapakah yang tercipta dari api, siapakah yang diazab dengan api dan siapakah yang terpelihara dari api? Siapakah yang tercipta dari batu, siapakah yang diazab dengan batu dan siapakah yang terpelihara dari batu?

‘Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap besar! Pohon apakah yang mempunyai 12 ranting, setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah naungan dan dua di bawah sinaran matahari?’

Mendengar pertanyaan tersebut, pemuda itu tersenyum dengan keyakinan kepada Allah.

Setelah membaca ‘Bismillah.. .’ dia berkata,

-Satu yang tiada duanya ialah Allah s.w.t..

-Dua yang tiada tiganya ialah Malam dan Siang. Allah s.w.t. berfirman, ‘Dan Kami jadikan malam dan siang sebagai dua tanda (kebesaran kami).’ (Al-Isra’: 12).

-Tiga yang tiada empatnya adalah kesilapan yang dilakukan Nabi Musa ketika Khidir menenggelamkan sampan, membunuh seorang anak kecil dan ketika menegakkan kembali dinding yang hampir roboh.

-Empat yang tiada limanya adalah Taurat, Injil, Zabur dan al-Qur’an.

- Lima yang tiada enamnya ialah Solat lima waktu.

-Enam yang tiada tujuhnya ialah jumlah Hari ketika Allah s.w.t. menciptakan makhluk.

-Tujuh yang tiada delapannya ialah Langit yang tujuh lapis. Allah s.w.t. berfirman, ‘Yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis. Kamu sekali-kali tidak melihat pada ciptaan Rabb Yang Maha Pemurah sesuatu yang tidak seimbang.’ (Al-Mulk: 3).

-Delapan yang tiada sembilannya ialah Malaikat pemikul Arsy ar-Rahman. Allah s.w.t. berfirman, ‘Dan malaikat-malaikat berada di penjuru-penjuru langit. Dan pada hari itu delapan orang malaikat menjunjung ‘Arsy Rabbmu di atas (kepala) mereka.’ (Al-Haqah: 17).

-Sembilan yang tiada sepuluhnya adalah mu’jizat yang diberikan kepada Nabi Musa yaitu: tongkat, tangan yang bercahaya, angin topan, musim paceklik, katak, darah, kutu dan belalang.

-Sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh ialah Kebaikan. Allah s.w.t. berfirman, ‘Barang siapa yang berbuat kebaikan maka untuknya sepuluh kali lipat.’ (Al-An’am: 160).

-Sebelas yang tiada dua belasnya ialah jumlah Saudara-Saudara Nabi Yusuf .

-Dua belas yang tiada tiga belasnya ialah Mu’jizat Nabi Musa yang terdapat dalam firman Allah, ‘Dan (ingatlah) ketika Musa memohon air untuk kaumnya, lalu Kami berfirman, ‘Pukullah batu itu dengan tongkatmu.’ Lalu memancarlah daripadanya dua belas mata air.’ (Al-Baqarah: 60).

-Tiga belas yang tiada empat belasnya ialah jumlah Saudara Nabi Yusuf ditambah dengan ayah dan ibunya.

-Adapun sesuatu yang bernafas namun tidak mempunyai ruh adalah waktu Subuh. Allah s.w.t. berfirman, ‘Dan waktu subuh apabila fajarnya mulai menyingsing. ‘ (At-Takwir: 18).

-Kuburan yang membawa isinya adalah Ikan yang menelan Nabi Yunus AS.

-Mereka yang berdusta namun masuk ke dalam surga adalah saudara-saudara Nabi Yusuf, yakni ketika mereka berkata kepada ayahnya, ‘Wahai ayah kami, sesungguhnya kami pergi berlumba-lumba dan kami tinggalkan Yusuf di dekat barang-barang kami, lalu dia dimakan serigala.’ Setelah kedustaan terungkap, Yusuf berkata kepada mereka, ‘Tak ada cercaan terhadap kamu semua.’ Dan ayah mereka Ya’qub berkata, ‘Aku akan memohonkan ampun bagimu kepada Rabbku. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.’ (Yusuf:98)

-Sesuatu yang diciptakan Allah namun tidak Dia sukai adalah suara Keldai. Allah s.w.t. berfirman, ‘Sesungguhnya sejelek-jelek suara adalah suara keldai.’ (Luqman: 19).

-Makhluk yang diciptakan Allah tanpa bapa dan ibu adalah Nabi Adam, Malaikat, Unta Nabi Shalih dan Kambing Nabi Ibrahim.

-Makhluk yang diciptakan dari api adalah Iblis, yang diazab dengan api ialah Abu Jahal dan yang terpelihara dari api adalah Nabi Ibrahim.. Allah s.w.t. berfirman, ‘Wahai api dinginlah dan selamatkan Ibrahim..’ (Al-Anbiya’: 69).

-Makhluk yang terbuat dari batu adalah Unta Nabi Shalih, yang diazab dengan batu adalah tentara bergajah dan yang terpelihara dari batu adalah Ashabul Kahfi (penghuni gua).

-Sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap perkara besar adalah Tipu Daya Wanita, sebagaimana firman Allah s.w.t. ‘Sesungguhnya tipu daya kaum wanita itu sangatlah besar.’ (Yusuf: 28).

-Adapun pohon yang memiliki 12 ranting setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah teduhan dan dua di bawah sinaran matahari maknanya: Pohon adalah Tahun, Ranting adalah Bulan, Daun adalah Hari dan Buahnya adalah Solat yang lima waktu, Tiga dikerjakan di malam hari dan Dua di siang hari.

Paderi dan para hadirin merasa takjub mendengar jawapan pemuda Muslim tersebut. Kemudian dia pun mula hendak pergi. Namun dia mengurungkan niatnya dan meminta kepada paderi agar menjawab satu pertanyaan saja. Permintaan ini disetujui oleh paderi.

Pemuda ini berkata, ‘Apakah kunci surga itu?’

Mendengar pertanyaan itu lidah paderi menjadi kelu, hatinya diselimuti keraguan dan rupa wajahnya pun berubah. Dia berusaha menyembunyikan kekuatirannya, namun tidak berhasil. Orang-orang yang hadir di gereja itu terus mendesaknya agar menjawab pertanyaan tersebut, namun dia cuba mengelak.

Mereka berkata, ‘Anda telah melontarkan 22 pertanyaan kepadanya dan semuanya dia jawab, sementara dia hanya memberi cuma satu pertanyaan namun anda tidak mampu menjawabnya!

Paderi tersebut berkata, ‘Sesungguh aku tahu jawapannya, namun aku takut kalian marah.’

Mereka menjawab, ‘Kami akan jamin keselamatan anda. ‘

Paderi pun berkata, ‘Jawapannya ialah: Asyhadu An La Ilaha Illallah , Wa Asyhadu Anna Muhammadar Rasulullah.

Lantas paderi dan orang-orang yang hadir di gereja itu terus memeluk agama Islam. Sungguh Allah telah menganugerahkan kebaikan dan menjaga mereka dengan Islam melalui tangan seorang pemuda Muslim yang bertakwa ..**

NOTA: Ini adalah artikel sulung dari qasha dan merupakan sebuah artikel yang cukup bagus. Ia dapat menyedarkan kita agar membaca dan memahami isi kandungan Al-Qur’an bagi membolehkan kita menangkis tohmahan dan menjawab pertanyaan orang-orang kafir.

Saya pernah membaca dari satu buku bahawa sebenarnya paderi Kristian tahu bahawa Kunci Syurga itu adalah Dua Kalimah Syahadah. Kerana itu (kononnya) apabila nazak seorang Kristian, maka paderi akan datang membisikkan kalimah itu ke telinganya dengan harapan dia akan mati dalam Islam. Saya tidak pasti sama ada dakwaan ini (membisikkan ke telinga orang nazak) benar atau tidak. Namun saya pasti ahli kitab Kristian tahu bahawa Kunci Syurga adalah Dua Kalimah Syahadah. Cuma, mereka tidak mahu mengaku (kebenaran Islam) kerana bimbang akan kehilangan pangkat dan kedudukan duniawi.

Wallahua’lam

Angelina Jolie & Brad Pitt

Angelina Jolie akan melawat Malaysia !!!

Kuala Lumpur, Khamis - Artis dan selebriti antarabangsa terkenal, Angelina Jolie, akan melawat Malaysia dalam waktu terdekat ini. Jurucakap artis itu hari ini mengesahkan bahawa teman lelaki artis itu, Brad Pitt, dan anak mereka berdua, Shiloh Nouvel Jolie-Pitt, akan membuat lawatan tersebut sebaik sahaja Angelina sihat dan sembuh dari pembedahan caesarian yang dilalui oleh Angelina tempoh hari.

"Kami benar-benar teruja untuk melawat Malaysia", ujar Brad Pitt yang telah menemani Angelina sepanjang kelahiran anak mereka berdua. "Ini memang hasrat Angelina sejak kami mengetahui bahawa Angelina mengandungkan anak kami".

Jurucakap kedua-dua artis itu menafikan bahawa penerbangan dari Namibia ke Malaysia akan memenatkan kedua-dua Angelina dan Shiloh Nouvel kerana mereka mempunyai pesawat jet peribadi. Penerbangan selama 7½ jam itu akan ditemani oleh doktor peribadi mereka, Dr Philip Kingston-Smith, untuk memastikan kedua-dua ibu dan bayi dalam keadaan selesa dan selamat.

"Angelina Jolie sebenarnya sangat teringin untuk membawa anak beliau untuk menemui bapa angkatnya di Malaysia", ujar jurucakap itu lagi. "Brad dan Angelina Jolie akan menemui bapa Angelina, artis terkenal Malaysia, M.Rajoli untuk beberapa hari sebelum berangkat pulang ke Amerika Syarikat".


sumber: srox

kisah benar

“Sebuah kisah benar..Abang mereka hanya melihat sahaja adik perempuan mereka dicabul kehormatannya di hadapan mereka sendiri!!”
oleh Zameer Fisabilillah pada pada 30hb September 2010 pukul 11.19 pagi

Pada suatu hari yang nyaman, dengan tiupan angin sepoi-sepoi bahasa, sebuah keluarga besar telah pergi picnic di tepi pantai. Keluarga ini merupakan keluarga yang kaya raya. Ada tauke balak, ada tauke minyak, ada tauke minyak sawit, ada tauke getah, ada tauke emas dan macam- macam lagi. Namun, tidak mungkin dalam satu bakul buah itu, semuanya elok, pasti ada jugak yang busuk.

Sebenarnya kehidupan adik-beradik ini mula goyah selepas bapa mereka dibunuh secara kejam di Turki. Kehidupan mereka mula bertelagah sesama sendiri. Bagi abang-abang yang kaya, mereka melupakan adik- adik mereka yang miskin. Bagi adik-adik yang mula belajar hidup berdikari, maka berusahalah mereka membantu adik-adik yang miskin itu semampunya sambil menempelak abang-abang mereka yang mula lupa diri.

Satu hari, semasa keluarga ini berpicnic, seorang adik perempuan mereka telah diculik dan telah dicabul dengan kejam. Perlakuan ini berlaku di depan khemah abang-abang yang kaya ini. Pencabulan si adik itu dilakukan oleh sekumpulan pendatang haram yang suka membuat kacau kehidupan orang lain. Adik-adik yang lemah ini hanya mampu memandang dengan kesayuan. Tetapi si abang-abang hanya melihat dengan keseronokan adik perempuan mereka dicabul kehormatannya di hadapan khemah mereka sendiri.

Tidak lama selepas itu pula, salah seorang adik lelaki mereka pula telah lemas dihanyut ombak. Salah seorang daripada mereka cuba menyelamatkan si adik yang lemas itu tetapi dihalang oleh abang atas alasan, marilah kita bawa berbincang dahulu. Jangan terburu-buru, bahaya!!! Akhirnya, di saat adik perempuan mereka diratah dengan penuh nafsu oleh sekumpulan pendatang haram itu, dan adik lelaki pula hampir kelemasan di tengah lautan, mereka telah duduk berbincang sambil makan makanan yang mewah-mewah dan minuman yang lazat-lazat.

Tajuk persidangan kita hari ini adalah, “Cara-cara menyelamatkan adik perempuan yang dirogol dan adik lelaki yang kelemasan.” Itulah kata si abang sulung selaku pengerusi majlis.

Adik-adik yang lebih muda dengan bersemangat hendak terus bergocoh dengan pendatang-pendatang haram tersebut, dan juga tanpa menghiraukan keselamatan, ingin sahaja terus menyelamatkan adik lelaki mereka yang semakin kelemasan itu. Tetapi dengan tenang si abang-abang berkata,”Inilah orang muda, suka sangat ikut perasaan.”

Cuba sikit hormat orang tua. Kita ambik jalan yang lebih berdiplomasi.” Akhirnya, si abang berjumpa dengan ketua pendatang haram tersebut.

“Ini resolusi kami. Jangan rogol adik kami lagi. Kalau nak sangat tubuh adik kami pun, cuba hentikan rogol tu dulu. Kita buat gencatan nafsu.” Maka mereka pun berbincang. Sambil berbincang itu, pencabulan terhadap adik perempuan itu masih berjalan sambil ditonton oleh adik- beradik yang lain.

Tentang si adik lelaki yang kelemasan, seorang dari mereka cuba mendapatkan bot penyelamat, tapi dihalang oleh abang yang lain.

“Hoi monyet…senyaplah… pengkhianat!” Getus hati si adik yang tidak puas hati kerana bot penyelamat yang ada telah dibocorkan oleh abang-abang mereka.

Akhirnya adik-adik berdarah muda telah diketepikan. Bagi si abang, adik berdarah muda merosakkan keadaan sahaja. Adik-adik muda ada yang dikenakan akta Ikut Suka Aku, dikhatankan buat kali kedua, dirosakkan khemahnya dan pelbagai lagi. Manakala, adik-adik perempuan muda pula ditakut-takutkan akan hilang kehormatannya.

Keadaan semakin genting. Adik-beradik tadi melakukan mesyuarat kononnya tergempar pula. Kali ni mereka agak sepakat. “Kami mengutuk sekeras-kerasnya tindakan pendatang haram mencabul adik perempuan kami.”

“Selamatkan adik kami yang kelemasan.”

Tetapi mereka hanya memasang banner di sepanjang pantai tersebut. Dengan harapan, ada orang yang akan membantu mereka. Adik perempuan mereka semakin terus dicabul. Pakaian adik perempuan mereka sudah tidak ada lagi di tubuh. Adik-beradik tadi hanya terus menonton drama cabul mencabul itu dari dekat selepas bermesyuarat yang kononnya tergempar itu.

Adik lelaki mereka pula sekiranya tadi tangannya kelihatan, kini seolah-olah sudah hampir mati. Hanya menunggu malaikat maut datang mengambil nyawa. Lalu, diangkatlah lagi banner “Selamatkanlah adik kami yang kelemasan” setinggi-tingginya dengan harapan ada orang lain yang membantu.

Bila melihat banner itu tidak berkesan. Mereka bermesyuarat lagi lalu mereka mengeluarkan banner yang baru. Yang lebih cantik dan mahal iaitu,”Adik perempuan terus dinodai. Adik lelaki sudah semakin hanyut di tengah lautan”… adik-beradik lain pula terus bermesyuarat dan mesyuarat untuk menghasilkan banner dengan wording yang lebih menarik….

Itulah kisah keluarga besar di satu tempat yang dirahsiakan namanya.



catatan :

+ adik perempuan itu bernama Palestin.

+ adik lelaki itu bernama Iraq.

+ abang-abang itu Pengerusi OIC & negara-negara Arab yang kaya raya

+ adik-adik yang senyap itu negara umat Islam yang membangun / mundur.

+ adik-adik yang berdarah muda itu gerakan-gerakan Islam

+ bapa yang mati dibunuh itu Khalifah Uthmaniyah

+ mesyuarat itu pula adalah mesyuarat OIC

+pendatang haram tersebut ialah Yahudi,Amerika Syarikat,Zionis dan sekutunya


sumber: shehdi ragiun

surat untuk bakal suami

Kehadapan bakal suamiku (harap-harap ada satu saja kamu).
Oh, Laling (boleh saya call kamu laling kan?)

Laling, saya tulis ini bukan sebab saya sangap nak kahwin laling, walaupun biological clock saya dah tik-tok-tik-tok –kesha dah dengan saya ni. Bukan juga untuk menyindir dan meletak syarat tinggi2 ala puteri Gunung Ledang laling, tapi nukilan ini hanya semata luahan hati saya.

Oh Laling (chewah geli pulak dah ni)
Laling, I hope time I jumpa you nanti, you dah bersedia nak settle down and kahwin. Wah laling, geli you vaca statement I kan? Tapi laling, I tak suke couple-couple. Couple dua tiga empat lima tahun pun, last2 putus jugak. I tau laling, ramai lelaki ni couple sekadar nak melepas kesunyian je. Maklum la kurang kasih sayang dari mak. Tapi tanggungjawab tak ada. Paling tak best kalau yang mau geli-geli aje. Eee tak suka la laling! Tambah dosa je tau kapel ni.

So kalau kita jumpa nanti laling, tapi saya jual mahal, laling jangan marah tau. Kalau saya tak boleh dating, you mesej saya dalam Facebook pun tak pe. Jangan mesej2 gersang sudahla! Saya report sama itu Mark Zuckerberg!

Oh laling,
Kalau nanti saya first time jumpa laling saya tanya dah Solat Subuh ke belum, laling jangan marah tau. Wajib tau laling saya ni tak tinggal solat. Saya tengok rakan-rakan saya selalu merungut pakwe die tak bangun pagi. Hantar mesej “good morning” pukul enam pagi haram tak balas. Ring-ring telefon die tiga empat minit pun tak angkat. Last-last pukul lapan baru mesej macam orang mamai “sorry sayang, I baru bangun…makan jom.” Ohh!! Tampar laju-laju! Okeh laling, nanti kalau dalam proses mengenal diri saya miscall-miscall pagi-pagi laling tak angkat…siap laling!

Pastu laling mesti tau Imam kan solat. Paling tidak surah-surah Juz Amma pun jadilah. Qunut pendek Qunut panjang dua-dua mesti tau. Ye la, bukan ke kahwin ni macam bina masjid. Mana ada masjid boleh fungsi kalau takde Imam? Laling kata macamlah saya tak pernah tinggal solat? Eh, of cozz la saya tinggal solat, saya kan perempuan. Kikikiki…

Oh laling,
Kalau awal-awal kahwin nanti saya masak tak sedap laling jangan marah ek. Biasa la, sebelum ni masak untuk mama and papa je. Dah diorg suka garam banyak tu, minyak banyak ni. Tup tap laling kata banyak sangat pulak. Laling, nanti laling tegur la baik-baik. Kata “masakan sayang sedap, lain kali kurang skit garam je.”. penat tau saya masak.

Jangan pulak asik2 makan kat luar sebab saya masak tak sedap. Paling kurang pun bagila buku reispi sebuah dua untuk hari jadi. Takpun periuk nasi Faber atau Elektrolux. Ni tak, asik-asik lupa je tarikh hari jadi dan hari anniversary kita. Sedih tau kita. Time ni la saya tunggu laling balas segala jerit perih saya masak dan jaga anak laling….

Oh laling,
Tau nanti tak lama lagi bila kahwin laling mesti mau anak. Kalau boleh satu pasukan bolasepak laling nak kan? Ye la, nanti boleh la jemput Chelsea datang KL buat friendly match! Anyway laling, I on je (wah terkejut kau!).

Tapi syaratnye laling kenalah tolong-tolong kemas rumah dulu, handle lampin anak sama-sama, paling kurang tolong hidang apa yang saya masak. Penat laling? Saya pon penat gak. Laling pikir, kerja saya 8-5 hari-hari. Balik rumah terus masak makan malam, tukar lampin anak kemas rumah, cuci pinggan, basuh baju…lepas tu kena layan laling pulak. Heisss…kalau kurang layan laling nak jadikan tu alas an pasang dua pulak!

Senang-senang laling, kita upah bibik sorang. Takpe laling, I bayar separuh you bayar separuh. Yang penting kita bahagia…ke laling bahagia?

Oh Laling,
Kalau nanti you jalan-jalan dengan I (of cozz lepas kahwin ok), laling jangan la malu nak pegang tangan. Ni saya tengok, pasangan suami isteri, suami jalan depan, isteri jalan punyelah kat belakang dengan anak-anak, laling. Paling tak best couple-couple muda remaja lalu sebelah boleh pulak bermesra-mesraan. Tangan tu lekatttt je kat pinggang ok.

Laling, kenapa kita tak boleh macam tu? Malu ke laling? Saya tengok suami Arab boleh je pegang tangan bini dia. Bini kemain purdah lagi.(of coz I taktau camne rupa bini die. Kot rupe cam Salma Hayek tak tau la).

Dan laling,
Kalau laling tengok awek-awek cun depan mata jangan la laling sweet-sweet jelling-jeling pulak. Kalau laling type yang gatal depan-depan saya laling pi usik dia lagi. Amboi laling, laling suruh saya pakai tutup aurat segala jadi wanita muslimah, tup-tap bila laling keluar dgn saya laling pi tengok yang baju singkat macam Fasha Sendat. Apa laling kata? “dia pakai macam tu laling tengok la?” Laling, dia pakai macam tu dosa dia dengan Allah aje. Tapi bila laling tengok laling pon tumpang dose sekali. Laling nak? Laling kata laling tak boleh tahan diri dari tengok? OK laling, next time kita keluar saya pakaikan blindfold ya. Dapat jugak pahala saya menghalang zina mata. Hihihhiihhi

Laling,
kalau you betul, betul sedia, I tunggu you lama-lama pun takpe. Maklum la I tau payah nak simpan duit untuk masa depan. Papa I pun makan megi je dulu taw, sebab nak kumpul duit kahwin. Tapi laling, kena la ingat untuk berjimat cermat. Jangan laling merungut sebab kos kahwin tinggi, tup-tap-tup-tap, laling pergi beli iPhone 4. Haa~~ kalau kahwin nanti lagilah. Jangan sengkek kalau anak nak beli coklat Tora Datang Lagi Dengan Mainan Pistol Air tapi laling boleh pulak pergi beli LCD TV. Apa laling kata, itu keperluan kita bersama? Ah, laling sorang je yang akan tengok TV nanti. Mesti laling kongker tengok Chelsea main EPL kan….

Laling, kita tak payah hidup kaya raya pun takpe. Kalau gaji laling kecik, kita campur dua jadi besar. Tapi jangan mengada-ngada nak anak ramai pulak kalau gaji kecik. Tak termakan diorg nanti. Bukan apa, saya cuma ingat kat anak je. Saya dapat makan separuh pinggan takpe. Asal anak dapat makan sampai gemuk macam Giant. Kalau tak dapat fulfill syarat tu jangan harap nak kahwin dua laling!

Cuma ingat laling, cari rezeki halal. Kalau halal, dengan perancangan rapi insyaallah laling, kita senang.

Sekian sajalah laling. Hope to see you soon! ^_^


sumber: inboxfb