Pemilihan sesuatu jenis pokok biasanya dapat melambangkan keperibadian seseorang itu. Biasanya ia memberi gambaran mengenai bantuan, sumbangan, pertolongan, perkhidmatan atau kerjasama oleh seseorang. Selain dari itu, ia juga boleh menjelaskan mengenai sifat seseorang itu. Contohnya, individu yang memilih pokok bergetah, menggambarkan ia suka berkawan, suka membantu orang, ringan tulang dan mudah mesra. Antara contoh lain ialah:
Pokok Durian
disanjung orang..digeruni orang..suka membantu orang..dipandang tinggi/dihormati..mempunyai tenaga yang kuat..perlu berhati-hati dalam percakapan
Pokok Rambutan
rendah diri..kelam kabut..suka menolong orang
Pokok Sukun/Nangka/Cempedak
mudah mesra..suka menolong orang..tidak semua orang suka..selalu menimbulkan masalah
Pokok Strawberry
sensitif..fotogenik..suka disanjung..disukai ramai..suka bergaya..lemah pendirian..suka kepada majlis yang besar-besaran/protokol
Pokok Limau/Oren
senang bergaul..ada pendirian..disukai ramai..golongan sederhana..berani berterus-terang..suka menolong orang..boleh bergaul dengan orang atasan
Pokok Betik/Jambu
suka membantu..baik hati..sensitif..tidak suka bergaya..tetap pendirian
Pokok Mempelam
ada pendirian..disukai orang..tak suka bergaya..suka membantu orang lain
Pokok Kelapa
ringan tulang..suka bergaul..rajin berusaha..suka berkawan..dikenali ramai..sanggup berkorban..suka merendah diri..suka menolong orang
Pokok Pisang/Tebu/Padi/Serai
suka merendah diri..tidak suka bergaya..suka menolong orang..tidak suka banyak cakap..tidak suka campur hal orang
Pokok Kangkong/Bayam/Sawi
rajin bekerja..dipandang rendah..berbudi pekerti mulia..ada kelebihan tersendiri..tidak peduli hal orang lain
Pokok Jati/Meranti/Cengal
tabah hati..kuat dan berani..jaga status..lambat kalau diminta bantuan..kurang suka/susah untuk menolong orang
Pokok Ru
suka menolong orang..tak mahu bersusah payah..tidak/kurang bertanggungjawab
Pokok Bunga Ros/Kertas
peramah..suka bergaya..mudah mesra..pandai menjaga diri..suka berterus-terang..suka kepada kecantikan..tidak suka kerja-kerja berat/banyak
Pokok Orkid
agak sombong..suka kecantikan..kurang pendirian..suka berterus-terang..kurang yakin pada diri sendiri..suka bergantung kepada orang lain
Pokok Kaktus
sabar dan tabah..bersemangat waja..kata-katanya berbisa..sukar untuk membantu orang..sanggup menghadapi cabaran
Pokok Bunga Raya
memilih kerja..adakalanya ego..selalu perasan..menjaga status..suka membantu orang..tidak peduli hal orang lain
Pokok Bonsai
kreatif..agak unik..ada kelebihan tersendiri..berpotensi dalam hidup
Pokok Lalang
kurang tabah..suka berkawan..tidak bergaya..tiada pendirian
sumber: Mengenali Anak Didik
No comments:
Post a Comment