Tuesday, February 23, 2010

Suatu subuh yang hening seorang tua berdiri di atas tebing pasir sambil...
menikmati udara seegar pagi..
Merenung ke bawah dia melihat suatu pemandangan yang aneh di pesisir air...
Beribu-ribu tapak sulaiman terdampar sejauh mata memandang, dibawa
ombak selepas taufan malam semalam. yang lebih aneh lagi kelihatan
seorang anak kecil berulang kali membongkok mengutip dan mencampakkan kembali
tapak sulaiman ke laut Lepas.
Berkata di Benak hati orang tua itu,
"isshh kerja sia-sia, tak mungkin budak itu boleh menyelamatkan kesemua tapak sulaiman itu..."
Orang tua itu mengambil keputusan untuk menyedarkan anak kecil itu tentang perkara tersebut..
Dia berjumpa dengan anak kecil itu dan berkata "Wahai anakku, apakah yang kamu lakukan Sia-sia...Tak mungkin kamu dapat menyelamatkan kesemua tapak sulaiman ini..
"Anak kecil itu merenung orang tua itu...Merenung tapak sulaiman di tanggannya...merenung semula orang tua itu dan mencampakkan
tapak sulaiman tersebut semula ke laut..Seraya berkata,
"sekurang-kurangnya saya menyelamatkan yang ini.."
dan meneruskan sumbangannya...hehe..

No comments:

Post a Comment