Thursday, October 7, 2010

Analisa Minat / Peribadi bhg.1

Menganalisa perkara/benda/objek yang diminati oleh seseorang itu merupakan suatu cara untuk memahami ciri-ciri peribadi peminatnya. Sesuatu objek yang diminati oleh seseorang itu biasanya ada kaitan dengan personalitinya. Hal ini kerana, setiap benda yang dijadikan oleh Tuhan ada hubungkaitnya dengan kemanusiaan. Oleh itu, untuk menjiwai diri seseorang, cara yang paling mudah ialah dengan menganalisa makna-makna yang tersurat dan tersirat tentang keistimewaan, keunikan dan kelemahan sesuatu perkara/benda yang diminatinya. Antara contoh minat seseorang dapat dianalisa ialah:
  • ikan
  • pokok
  • burung
  • binatang
  • kenderaan
1. IKAN
Pemilihan dan berminat kepada sesuatu jenis ikan juga boleh menjelaskan tentang sifat, ciri, pendirian, peragai, tabiat, sikap, kekuatan, kelemahan dan wawasan diri pemilihnya. Misalnya,

Ikan Haruan
serius..sukar mengawal diri..agresif dan ganas..ada kelebihan tertentu..bertanggungjawab..garang dan kurang bertolak ansur

Ikan Puyu
lincah..pak turut..merendah diri..kurang cerdik..sukar untuk berkawan

Ikan Talapia
penakut..pak turut..agak rajin..kurang berfikir..merendah diri..bertanggungjawab

Ikan Keli
tabah..agak garang..cergas dan aktif..bersungguh-sungguh..percakapannya lantang..rajin bekerja tapi tidak sempurna

Ikan Sepat
licik..bersahaja..tak kesah..rendah diri..tiada pendirian..selalu mengalah..suka mendengar kata orang..suka berkawan dengan orang yang setara dengannya

Ikan Kembong
rajin..cepat mesra..merendah diri..suka mengalah..suka menyendiri

Ikan Terubuk
pintar..prihatin..bersemangat..agak cerewet..suka sederhana..mudah berkawan

Ikan Bawal
mesra..sederhana..bermasalah..cepat bosan..suka berkawan

Ikan Kelisa
menarik..ada potensi..bergantung hidup kepada orang lain..kurang daya saing

Ikan Jerung
ganas..lasak..cergas..aktif..memilih kawan..mengikut kehendak hati..sukar berkomunikasi dengan baik

Ikan Piranha
aktif..serius..bertindak liar..suka mengusik

Ikan Paus
pantas..digeruni..tenaga kuat..suka membantu..orangnya tenang..suka bersendirian..suka mengembara..hidup dalam kumpulan

Ikan Flowerhorn
kemas..manja..sensitif..ada nilai diri..perlu dimanja..nampak segak..mahu dihormati..pergerakannya lambat

Ikan Laga/Sempilai
kecil..garang..berani..samseng..suka berkelahi..agak sombong..suka bertengkar..mudah tersinggung..suka mencari gaduh..suka menunjuk-nunjuk..tidak boleh bercampur dengan orang lain

Ikan Emas
manja..sensitif..menawan..lemah lembut..perlu perhatian..suka hidup bersenang-senang

Ikan Dolfin
manja..kreatif..kemas..cergas..cerdik..romantis..sentiasa ceria..mudah belajar..cepat bergerak..suka berkawan..berfikiran positif..pandai mengambil hati..pandai berkomunikasi..tidak mudah bosan..suka membantu orang



sumber: Mengenali Anak Didik

No comments:

Post a Comment