Thursday, October 7, 2010

Tajuk ceramah: Amalan dan Langkah Penjimatan dalam kalangan Mahasiswa

Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada Yang Berusaha Tuan Pengerusi Majlis, Pengarah Institut Perguruan Ipoh iaitu Encik Mohamad Termizi bin Rafie, para pensyarah dan mahasiswa yang dihormati sekalian. Sempena hari pengguna ini, saya diberikan tanggungjawab untuk menyampaikan ceramah tentang “Amalan berjimat cermat dalam kalangan mahasiswa”. Terlebih dahulu saya ingin memperkenalkan diri saya yang bertugas sebagai Penasihat Kewangan dari Persatuan Pengguna Malaysia. Di akhir-akhir ini, didapati para pelajar atau mahasiswa kurang memberikan tumpuan terhadap pengurusan kewangannya. Pada pendapat anda, apakah yang harus dilakukan untuk menjadi seorang mahasiswa yang bijak dalam pengurusan kewangan ?


Hadirin yang dihormati sekalian,

Pengurusan kewangan yang baik adalah titik utama untuk dijadikan sebagai panduan dalam melahirkan sikap berjimat cermat. Dalam konteks sebagai seorang pelajar, sikap berjimat cermat adalah amat penting untuk dijadikan teras sebagai melahirkan individu yang bijak menguruskan keewangan. Bukan itu sahaja, sikap yang bijak dalam menguruskan keewangan juga mampu untuk mendisiplinkan para pelajar.

Sebagai seorang pelajar, pengurusan perbelanjaan yang baik haruslah diaplikasikan dalam kehidupan mereka. Hal ini demikian, pengurusan kewangan yang baik mampu untuk melatih sikap berdikari seorang pelajar. Sebagai contohnya, pelajar mampu untuk mengurangkan kebergantungan kepada kedua ibu bapa dari segi kewangan. Bagi seorang individu yang bersikap boros, mereka haruslah mangkaji semula perbelanjaan mereka dan mengenalpasti perbelanjaan tetap dan perbelanjaan sampingan. Hal ini demikian, mangingati kembali setiap perbelanjaan mampu untuk memberikan kesedaran kepada diri sendiri. Oleh itu, pengurusan kewangan adalah amat penting dalam membentuk sahsiah peribadi seorang pelajar.


Hadirin yang budiman,

Sebagai seorang yang bergelar mahasiswa atupun pelajar, mereka haruslah mengawal setiap perbelanjaan. Di alam pengajian, kewangan memainkan peranan yang utama untuk memberikan ransangan kepada para pelajar. Pengunaan kewangan haruslah mendahulukan segala keperluan-keperluan asas dalam pengajian. Sebagai contohnya ialah, pembelian buku-buku, peralatan pembelajaran dan sebagainya. Bagi mahasiswa yang tidak mendapat peluang untuk menetap di asrama, mereka perlulah mengutamakan perbelanjaan tetap daripada perbelanjaan sampingan.

Perbelanjaan tetap dalam konteks sebagai pelajar ialah perbelanjaan yang tidak boleh dielak atau dikurangkan terus untuk disesuaikan dengan keadaan kewangannya. Sebagai contohnya ialah, pembiayaan rumah sewa, bil-bil utiliti seperti air, elektrik, telefon dan internet. Manakala perbelanjaan sampingan pula ialah perbelanjaan yang menekankan keperluan peribadi semata-mata. Antaranya seperti pakaian yag berjenama, telefon dan sebagainya. Oleh itu, kawalan perbelanjaan begi yang bergelar mahasiswa adalah langkah utama dalam mengatur kehidupan yang cemerlang sebagai seorang mahasiswa.


Hadirin yang dimuliakan,

Sebagai alternatif lain, membuka akaun simpanan tetap juga dapat menjadi penyelesaian dalam mengatasi masalah kewangan. Setelah mampu untuk menguruskan wang, besar kemungkinan akan mempunyai lebihan wang tunai. Lebihan wang tersebut haruslah disimpan untuk kegunaan dalam akaun simpanan tersebut sebagai langkah persediaan apabila menghadapi sebarang kecemasan. Bak kata pepatah melayu, “ Malang tidak berbau”. Sebagai contohnya, apabila menghadapi musibah seperti ditimpa kesakitan, wang pinjaman atau elaun yang akan masuk lewat dari tarikhnya. Hal ini demikian, mampu untuk memberikan individu tersebut untuk sara diri walaupun telah menghadapi kesulitan. Lama-kelamaan individu tersebut akan menjadi cermat secara automatiknya. Pihak kerajaan menyediakan perkhidmatan menyediakan perbankkan untuk mengajar rakyat Malaysia berjimat cermat dan memberikan kemudahan kepada rakyat Malaysia. Oleh itu, pihak kerajaan juga turut memainkan peranan yang penting dalam mendidik rakyatnya untuk berjimat.


Hadirin yang dikasihi sekalian,

Media massa juga sering menguar-uarkan tentang pengguna yang bijak. Pengguna yang bijak ialah individu yang berupaya untuk membuat pilihan terhadap barangan yang akan dibelinya. Dari segi konteks sebagai seorang pelajar, amat berpadananlah untuk menjadi seorang pengguna yang bijak. Pelajar ialah seorang individu yang berupaya untuk berfikir secara logik dan mampu untuk membuat pilihan secara terbaik. Bukan sahaja pada jenamanya, malah mementingkan tahap keupayaan diri sendiri.

Secara kebetulannya, kerajaan yang sedang melaksanakan pakej ransangan ekonomi seperti mengurangkan kadar faedah untuk menggalakkan orang ramai berbelanja terutamanya barangan buatan tempatan. Oleh itu, kita haruslah bersama-sama mendapatkan manfaat daripada pakej ini dengan mencari kadar yang lebih murah dan tawaran yang lebih baik.


Hadirin sekalian,

Kehidupan seorang pelajar yang bijaksana ialah bijak dalam menguruskan kewangan. Terutamanya apabila memasuki pasaraya. Sebagai seorang mahasiswa yang tidak berpendapatan tetap lagi, seharusnya menggunakan kewangan dalam membelanjakan tentang barangan keperluan sahaja yang mengikut kemampuan individu. Hal ini demikian bukan sahaja dapat menerapkan tentang pengguna yang biajak malah dapat mengekangkan masalah boros dalam kalangan mahasiswa. Sebagai contoh pengurusan kewangan yang baik ialah hanyalah membelanjakan wang untuk keperluan yang penting sahaja. Untuk mengelakkan daripada menjadi seorang mahasiswa yang boros, penyediaan tentang senarai barangan yang diperlukan adalah salah satu alternatif yang baik. Senarai barangan ini bukan sahaja dapat mengurangkan wang keluar, malah dapat mengatasi masalah berbelanja secara sewenang-wenangnya. Oleh itu, langkah penjimatan adalah langkah untuk mengajar mahasiswa untuk berjimat dan menjadi pengguna yang bijak.


Tuan-tuan dan puan-puan serta mahasiswa yang dihormati sekalian,

Mahasiswa juga digalakkan untuk mengamalkan sikap suka menabung. Sikap suka menabung ini telah lama menjadi amalan untuk ibu bapa mengajarkan tentang penjimatan kepada anak-anak. Tetapi sebaliknya, majoriti mahasiswa tidak mengamalkannya kerana mereka tidak menyedari bahawa duit syiling juga berharga. Bak kata pepatah Melayu “ Sidikit-sedikit, lama-kelamaan menjadi bukit”. Amat berpadananlah kata-kata pepatah Melayu dalam kontek penjimatan ini.

Sebenarnya mahasiswa pada zaman ini banyak dibekalkan dengan lebihan wang, Cuma sikap mereka sendiri yang memiskinkan mereka. Sebagai contohnya, mungkin anda akan sedari tentang duit syiling yang marata di bilik anda. Alangkah bagusnya jika kita kumpulkan dalam satu tabung. Tetapi saya percaya akan lebih dari satu tabung sekirannya dikumpulkan syiling yang terdapat dalam bilik anda. Oleh itu, pengurusan kewangan bukan sahaja dapat mengajar kita sikap menghargai terhadap sesuatu perkara.


Hadirin yang dikasihi,

Pada zaman era teknologi ini, telefon mudah alih juga menjadi faktor yang tidak kita perasan bahawa penggunaannya telah meyebabkan kita menjadi boros. Bagi mahasiswa yang hendak melakukan penjimatan, perkara yang harus dikawal olehnya ialah perlu menyemai sikap ‘kedekut’ dalam hal pembelian kad tambah nilai telefon. Walaupun telefon adalah menjadi perantaraan antara individu, penggunaannya haruslah dikawal agar tidak disalah gunakan. Selain itu, system pesanan ringkas (SMS) juga banyak mendatangkan keburukan kepada mahasiswa. Terutamanya dari segi pembaziran, iaitu pembaziran wang. Malah juga dapat membazirkan masa sebagai seorang pelajar.

Bagi mahasiswa atau pelajar yang suka bersosial, maka mereka boleh menggunakan inisiatif lain untuk berhubung sekadar mengisi masa lapang. Antara contoh lain ialah dengan menggunakan Yahoo, Skype dan pelbagai lagi yang di tawarkan dengan perkhidmatan internet. Oleh itu, sebagai seorang mahasiswa ataupun pelajar haruslah pandai mengambil kesempatan ke atas jalur lebar internet dalam kehidupan.


Tuan-tuan dan puan-puan serta mahasiswa yang dihormati sekalian,

Jelaslah bahawa penjimatan adalah langkah yang terbaik sebagai seorang mahasiswa ataupun seorang pelajar. Hal ini demikian kerana individu yang pandai menguruskan kewangan adalah individu yang matang dan berfikiran jauh. Oleh itu, saya menyeru marilah kita bersama-sama mangeplikasikan penjimatan dalam kehidupan kita. Sekian, terima kasih.

No comments:

Post a Comment